About Me

MUHAMMAD SYUKRI BIN RAZALI (BA09110320) NOR HIDAYAH BINTI ABDULLAH (BA09110049) JIVAREKA RENGANATHAN (BA09110314)

Monday, November 8, 2010

Risiko-Risiko Teknologi Maklumat Yang Utama

1)Risiko Strategik
Suatu ancaman yang mungkin menjejaskan koperasi akibat kegagalan dan kelemahan dalam rangka pengurusan dan perancangan atau ketidaktepatan dalam melaksanakan sesuatu perancangan yang boleh mengakibatkan kehilangan daya saing dan daya tahan, kerugian kewangan dan ketidakupayaan memenuhi matlamat penubuhan koperasi.
2)Risiko Peraturan Dan Pematuhan
Suatu ancaman daripada kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan dalaman yang terpakai atau kontrak yang tidak dapat berkuatkuasa boleh membawa kepada kerugian, gangguan atau menghasilkan risiko dan reputasi kewangan.
3)Risiko Operasi IT
Suatu ancaman yang mungkin mengakibatkan kerugian akibat kekurangan atau kerosakan dalam operasi samada sistem komputer yang tidak berfungsi, sistem disabotaj, perkakasan komputer mengalami kerosakan yang kritikal dan sebagainya.
4)Risiko Keselamatan
Suatu ancaman yang mungkin menjejaskan koperasi akibat kegagalan dalam keselamatan sistem itu sendiri sama ada daripada perisian dan kelemahan kawalan sistem komputer, di mana ianya akan menjejaskan sistem dan keutuhan data, kerosakan kepada sistem komputer, penipuan dan ralat pada data dan aturcara.
5)Risiko Sistem Sokongan
Suatu ancaman akan menjejaskan koperasi akibat daripada kegagalan dan keburukan dalam sistem sokongan daripada perisian dalaman atau luaran dan juga pembekal perkhidmatan yang akan menyebabkan sistem tidak beroperasi dan tergendala.
6)Risiko Kesinambungan Operasi
Suatu ancaman yang mungkin menjejaskan koperasi akibat ketidakupayaan memulih kembali operasi perniagaan dan IT dalam jangka masa yang singkat yang mana akan menyebabkan kerugian kewangan. Contohnya, bencana alam, kebakaran dan sebagainya.
7) Risiko Reputasi
Suatu ancaman yang mungkin menjejaskan koperasi akibat hilang kepercayaan anggota dan orang ramai dengan penggunaan IT yang mana boleh mengakibatkan kerugian.

Rujukan
http://www.skm.gov.my/.../Pekeliling%20Ketua%20Pendaftar%20Bil%206_2005_Lampiran%201.pdf

No comments:

Post a Comment

Followers