About Me

MUHAMMAD SYUKRI BIN RAZALI (BA09110320) NOR HIDAYAH BINTI ABDULLAH (BA09110049) JIVAREKA RENGANATHAN (BA09110314)

Monday, October 25, 2010

Etika komputer

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Teras Etika
1. Menghormati semua agama.
2. Mematuhi undang-undang negara.
3. Menghormati kebudayaan sesuatu bangsa.
4. Menghormati sesuatu kepercayaan yang ada dalam sesuatu lingkungan budaya.

Etika Komputer
Umumnya, etika komputer merupakan satu bidang tentang penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer di era maklumat.

Rukun Etika
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja dalam komputer orang lain.
3. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri dan menipu.
4. Tidak menceroboh masuk fail yang mengandungi maklumat dalam komputer individu lain.
5. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
6. Tidak menggunakan sumber daripada komputer individu lain tanpa kebenaran.

Kod Etika Penggunaan Internet
1.Inspirasi dan Panduan.
2.Pencegahan Dan Disiplin.
3.Memelihara maruah profesion.
4. Memelihara Keharmonian.
5. Sokongan.

Kerangka Kod Etika
1.Hak milik.
2.Ketepatan.
3.Kebersendirian.
4.Capaian.

Rujukan
http://www.docstoc.com/docs/20629843/Prinsip-Etika-dan-Rukun-Etika
Peranan Dan Tanggungjawab Pengguna Dalam memastikan keselamatan Penggunaan Emel Dan Internet.

1. Menggunakan akaun atau alamat e-mel yang diperuntukkan oleh jabatan
2.Memaklumkan kepada pentadbir email ICT dengan segera sekiranya mengesyaki akaun telah disalahgunakan.
3.Menggunakan kata laluan yang baik dengan ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian dengan merujuk Amalan Baik Keselamatan Kata Laluan di Buku Panduan Keselamatan Maklumat JPN
4.Memastikan setiap fail yang dimuat turun bebas dari virus sebelum digunakan.
5.Mengadakan salinan atau penduaan pada media storan kedua elektronik seperti disket dan sebagainya bagi tujuan keselamatan.
6. Pengguna harus log keluar apabila hendak meninggalkan komputer.
7. Pengguna harus memaklumkan kepada sistem ICT atau ICTSO sekiranya berlaku atau mengesyaki berlakunya insiden keselamatan ICT.

Rujukan
http://www.jpn.gov.my/sites/default/files/pdf/GARIS_PANDUAN_PENGGUNAAN_E-MEL_DAN_INTERNET.pdf

Followers