About Me

MUHAMMAD SYUKRI BIN RAZALI (BA09110320) NOR HIDAYAH BINTI ABDULLAH (BA09110049) JIVAREKA RENGANATHAN (BA09110314)

Thursday, November 18, 2010

Sejarah ict

Asal Usul Perkataan Internet

Perkataan Internet berasal daripada gabungan perkataan inter dan networking. Internet merujuk kepada rangkaian yang dibina dengan menyambungkan rangkaian komputer di antara satu sama lain di merata tempat di dunia. Di samping itu, internet merupakan rangkaian yang terbesar di dunia dan komputer yang dihubungkan terdiri daripada pelbagai jenama, saiz, mahupun sistem operasi yang berlainan.

Sejarah CD

Teknologi CD (Compact Disc) dibangunkan oleh Philip dan Sony pada tahun 1982 sebagai satu media baru untuk muzik. Walaupun ia tidak bertujuan untuk digunakan pada komputer tetapi ia tidak mengambil masa yang lama untuk menjadikannya sebahagian daripada komputer. Selain itu, spesifikasi untuk CD-ROM dikeluarkan pada tahun 1984 dan sebuah storan baru untuk komputer dilahirkan.

Evolusi Komputer

Sejarah perkembangan komputer secara elektronik sepenuhnya telah dikatakan bermula selepas tahun 1940. Ia dapat dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi evolusinya: Generasi Pertama(1940-1959) Generasi Kedua(1959-1964) Generasi Ketiga(1964-1980) Generasi Keempat(1980-sekarang) Generasi Kelima(Masa Depan) GENERASI PERTAMA Komputer tahun 40-an dikatakan merupakan projek ketenteraan Amerika Syarikat.

Rujukan
http://www.in4ict.com/tag/sejarah

Wednesday, November 17, 2010

Google Chrome

Sejarah Ringkas Google Chrome

Google mengeluarkan browser terbaru yang diberi nama Google Chrome. Kenapa Google mengeluarkan Google Chrome? Sebab mereka percaya bahawa mereka dapat menambahkan nilai untuk para pengguna internet dan pada waktu yang sama, mereka memberikan inovasi pada web browser. Ini baru sebuah permulaan dan Google Chrome adalah masih jauh dari sempurna. Mereka mengeluarkan versi beta ini untuk Windows dan mula dibincangkan dengan lebih luas lagi. Selain itu, mereka bekerja keras di tempat mereka bekerja untuk membangunkan versi Mac dan Linux dan akan melanjutkan untuk membuat dengan sempurna dan lebih cepat lagi.

Keunggulan Google Chrome
1. Ringan
2. Space Lega
3. Intuitif
4. Pencarian Teks(updated)
5. Satu kotak untuk semua
6. Halaman Tab Baru
7. Kawalan kerosakan
8. Mode penyamaran
9. Selamat.

Rujukan
http://faturpontianak.blogspot.com/2008/09/sejarah-singkat-google-chrome-google-html

Monday, November 15, 2010

Bing

Microsoft telah mencuba untuk merebut posisi Google sebagai pemilik search enjin dengan jumlah pengguna paling ramai masa ini. Setelah gagal dengan Live Search, Microsoft pun segera mengeluarkan pengganti enjin carian tersebut dengan Microsoft Bing. Sebelum ini, Bing sudah diperkenalkan kepada masyarakat tetapi menggunakan nama yang berbeza dan nama enjin carian tersebut adalah Kumo.

Rujukan
http://arrahmah.com/index.php/news/read/4467/microsoft-bing-search-engine-dengan-beragam-fungsi

Wednesday, November 10, 2010

Google Docs

Google Docs bukanlah layanan baru dari google tapi mungkin banyak di antara kita yang belum memanfaatkan layanan ini secara maksimum. Bagi anda yang sehari-hari berkutat dengan dokumen dan memerlukan interaksi dengan rakan anda di tempat yang berbeza, anda boleh memanfaatkan layanan Google Docs. Terdapat 3 jenis file yang boleh anda buat di Google Docs iaitu dokumen, jadual, dan pembentangan.

Rujukan
http://www.diatasawam.com/membuat-dokumen-online-dengan-google-docs/-Indonesia

Tuesday, November 9, 2010

Sejarah Google

Sejarah Google didirikan oleh Larry Page dan Sergey Brin ketika mereka masih menjadi mahasiswa di Universiti Stanford dan perusahaan ini merupakan perusahaan saham peribadi pada 7 September 1998. Selain itu penawaran umum perdananya dimulai pada tanggal 19 ogos 2004, mengumpulkan dana $1,67 million, menjadikannya bernilai $23 million. Melalui pelbagai jenis perkembangan produk baru, perusahaan ini telah meluaskan bisnes pencarian dan iklan awalnya hingga ke area lainnya, termasuk pemetaan online, produktiviti perusahaan dan bertukar video. Selain itu, Google merupakan sebuah mesin pencari yang terkenal di dunia. Pada tahun 1998 Google berdiri secara rasmi dan markas Google di Amerika Syarikat. Google bukan sahaja berfungsi sebagai mesin pencari malah mempunyai produk lain seperti email (gmail), messenger (Gtalk), buku (google ebook), iklan (adsense dan adword), photo (picasa), maps dan sebagainya. Di samping itu, pendapatan Google sekitar 90% dari iklan, 10% dari penjualan Google earth, google apps, gmail (premium) dan lain-lain.

Kelebihan Google
-Mudah dan cepat dalam proses mencari.
-Dapat mencari segala maklumat seperti gambar, berita, artikel, hiburan dan sebagainya.
-Lebih canggih.
-Tampilan yang sederhana.
-Memiliki cach.

Rujukan
http://duniachali.wordpress.com/.../perbandingan-search-engine-yahoo-dan-google/-

KeepVid.Com

Cara Membuat Link Download Video Youtube Secara Cepat Dengan KeepVid.Com

KeepVid.com adalah web yang menyediakan kemudahan memuat turun video youtube secara online. Anda tidak perlu menggunakan software tertentu kalau hanya sekadar untuk memuat turun video youtube. Sekiranya ingin memuat turun video, anda perlu menyalin alamat video youtube yang akan anda muat turun dan masukkan ke KeepVid.com. Dalam beberapa saat sahaja anda akan mendapatkan link muat turun video tersebut, disitu ada 2 pilihan format iaitu flv dan mp4. Pilihlah mengikut citarasa anda. Flv untuk kualiti suara yang lebih rendah dengan ukuran yang lebih kecil atau mp4 untuk ukuran yang lebih besar dengan kualiti suara yang lebih tinggi.

Winrar dan Winzip

Winrar
WinRAR merupakan RAR Archiver, the powerful Archiver dan pengurus Archive.

Winzip
Winzip adalah pemampatan fail, enkripsi fail, perkongsian fail dan backup data.


Rujukan
http://blog.pengunjungsetia.com/.../cara-membuat-link-download-video.html
http://ebendahari.utm.my/bendahari/index.php?option=com..

Monday, November 8, 2010

Risiko-Risiko Teknologi Maklumat Yang Utama

1)Risiko Strategik
Suatu ancaman yang mungkin menjejaskan koperasi akibat kegagalan dan kelemahan dalam rangka pengurusan dan perancangan atau ketidaktepatan dalam melaksanakan sesuatu perancangan yang boleh mengakibatkan kehilangan daya saing dan daya tahan, kerugian kewangan dan ketidakupayaan memenuhi matlamat penubuhan koperasi.
2)Risiko Peraturan Dan Pematuhan
Suatu ancaman daripada kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan dalaman yang terpakai atau kontrak yang tidak dapat berkuatkuasa boleh membawa kepada kerugian, gangguan atau menghasilkan risiko dan reputasi kewangan.
3)Risiko Operasi IT
Suatu ancaman yang mungkin mengakibatkan kerugian akibat kekurangan atau kerosakan dalam operasi samada sistem komputer yang tidak berfungsi, sistem disabotaj, perkakasan komputer mengalami kerosakan yang kritikal dan sebagainya.
4)Risiko Keselamatan
Suatu ancaman yang mungkin menjejaskan koperasi akibat kegagalan dalam keselamatan sistem itu sendiri sama ada daripada perisian dan kelemahan kawalan sistem komputer, di mana ianya akan menjejaskan sistem dan keutuhan data, kerosakan kepada sistem komputer, penipuan dan ralat pada data dan aturcara.
5)Risiko Sistem Sokongan
Suatu ancaman akan menjejaskan koperasi akibat daripada kegagalan dan keburukan dalam sistem sokongan daripada perisian dalaman atau luaran dan juga pembekal perkhidmatan yang akan menyebabkan sistem tidak beroperasi dan tergendala.
6)Risiko Kesinambungan Operasi
Suatu ancaman yang mungkin menjejaskan koperasi akibat ketidakupayaan memulih kembali operasi perniagaan dan IT dalam jangka masa yang singkat yang mana akan menyebabkan kerugian kewangan. Contohnya, bencana alam, kebakaran dan sebagainya.
7) Risiko Reputasi
Suatu ancaman yang mungkin menjejaskan koperasi akibat hilang kepercayaan anggota dan orang ramai dengan penggunaan IT yang mana boleh mengakibatkan kerugian.

Rujukan
http://www.skm.gov.my/.../Pekeliling%20Ketua%20Pendaftar%20Bil%206_2005_Lampiran%201.pdf

Sunday, November 7, 2010

MBM Keluarkan Etika Penggunaan Internet

Majlis Belia Malaysia(MBM) telah melancarkan Etika Penggunaan Internet bagi mendidik masyarakat tentang penggunaan teknologi Web tersebut dengan lebih beretika. Penyerahan etika tersebut dilakukan oleh Presiden MBM, Saifuddin Abdullah kepada pengerusi penaja Persatuan Pengusaha-pengusaha Kafe Siber, Peter Chew dan pengerusi penaja Persatuan Pencinta Internet Malaysia, Mohd Fahmi Omar, di Kuala Lumpur pada tahun 1999. Etika penggunaan Internet tersebut mengandungi 14 salah laku penggunaan internet. Antara salah laku tersebut adalah perbuatan menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah, atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau rakyat negara luar. Etika ini disebarkan kepada umum melalui Internet dan pameran-pameran bergerak yang diadakan pada bulan Mei 1999.

Rujukan
http://www.cybersecurity.my/en/knowledge_bank/news/1999/main/detail/1344/index.html

Blog

Cara-cara untuk membuat blog
1)Buat satu akaun Google dan isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah selesai mengisi maklumat yang dikehendaki, tekan butang "continue".
2) Berikan nama untuk blog anda. Jangan khuatir kerana nama ini boleh ditukar di kemudian hari sekiranya anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut dan alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL tersebut akan kekal dan tak boleh ditukar lagi selepas ini.
3)Pilih mana-mana template, iaitu rupa untuk blog anda dan template ini juga boleh ditukar pada bila-bila masa.
Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti "Your Blog Has Been Created" akan dipaparkan menandakan blog anda telah berjaya dibina.

Rujukan
http://sembangkomputer.com/buat-blog-percuma-dengan-blogspot/

Followers