Kesan penggunaan ICT telah mengubah budaya kerja organisasi. Sementara berbangga
dengan kemajuan yang dicapai, semua warga perlu peka
terhadap isu keselamatan ICT terutama dari segi peranan, tanggungjawab dan kawalan
penggunaan. Penekanan ke atas kesedaran dan tahap keselamatan ICT adalah penting dan
perlu diberi perhatian yang serius disebabkan oleh dua faktor.
Faktor pertama ialah keselamatan ICT merupakan tanggungjawab bersama untuk memastikan
sistem ICT yang dikendalikan adalah selamat daripada sebarang penyalahgunaan dan
ancaman pencerobohan.
Faktor kedua ialah kewujudan penggunaan pelbagai teknologi dan platfom sistem
pengoperasian. Keadaan ini menjadikan ia lebih terbuka kepada ancaman keselamatan. Adalah
penting di sini supaya penyimpanan maklumat dan penyebaran maklumat perlu dibatasi
supaya ia dapat dikawal dengan lebih berkesan
About Me
- TEKNOLOGI MAKLUMAT
- MUHAMMAD SYUKRI BIN RAZALI (BA09110320) NOR HIDAYAH BINTI ABDULLAH (BA09110049) JIVAREKA RENGANATHAN (BA09110314)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment